India Hari Guru

Hari Guru di India disambut pada 5 September, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan seorang pendidik terkenal. Di sesetengah sekolah pada hari ini, tanggungjawab mengajar diambil oleh pelajar-pelajar senior untuk menunjuk penghargaan mereka terhadap guru-guru.

Secara tradisional, masyarakat India telah memberi penghormatan besar kepada para guru. Suatu peribahasa India lama yang biasanya diajar kepada kanak-kanak memberi guru pangkat ketiga, lebih tinggi daripada Tuhan: "Maa, Pitha, Guru, Daivam", yang bermakna Ibu, Ayah, Guru, Tuhan.